Followers

Powered by Blogger.
RSS

Kereta Kebal Utama di Dunia

 Poland 


PT-91 Twardy (Bahasa Inggeris "tough" or "resilient") adalah sebuah kereta kebal utama buatan Poland. Ia dibangunkan berdasarkan kereta kebal T-72M1 dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. PT-91 direka oleh OBRUM (OBRUM untuk Ośrodek Badawczo-Rozwojowy Urządzeń Mechanicznych – Poland untuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kegunaan Mekanikal) dan dikilangkan oleh syarikat Bumar Łabędy, yang mana merupakan sebahagian daripada konsortium ketenteraan Poland - Bumar Group. Perubahan yang dilakukan ke atas T-72 termasuk sistem kawalan tembakan dua-paksi yang distabilkan, perisai reaktif, enjin lebih berkuasa, transmisi dan pengisi automatik baru.
Fail:PT91 tank.jpg


Ukraine


T-84 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Ukraine hasil dari pembangunan ke atas kereta kebal T-80 buatan Soviet. Ia pertama kali dibina pada tahun 1994 dan mula memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Ukraine pada tahun 1999. Janakuasa T-84 adalah berdasarkan enjin diesel yang dipasang pada sebuah versi T-80 iaitu T-80UD. Enjin berprestasi tingginya menjadikan kereta kebal ini merupakan salah sebuah kereta kebal sedia ada yang terpantas di dunia, dengan kadar kuasa kepada berat kira-kira 26 kuasa kuda per tan (19 kW/t). T-84 Oplot pula merupakan sebuah versi termaju bagi T-84 dengan menggabungkan ruang peluru berperisai di dalam turet baru. Sepuluh unit kereta kebal versi ini telah memasuki perkhidmatan dengan Ukraine pada tahun 2001. T-84-120 Yatagan pula adalah sebuah prototaip untuk tujuan eksport, dilengkapkan dengan meriam 120 mm yang mampu menggunakan peluru dan peluru berpandu mengikut standard NATO.
Fail:UkrainianT84Tank.jpg


Pakistan

Al-Khalid (atau menggunakan nama MBT-2000 di pasaran antarabangsa) adalah sebuah kereta kebal utama moden yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Pakistan untuk kegunaan Tentera Darat Pakistan. Al-Khalid dilengkapkan dengan sistem kawalan tembakan moden yang diintegrasikan dengan peralatan penglihatan malam bagi membolehkan ia menembak pelbagai jenis peluru anti kereta kebal dan peluru berpandu anti kereta kebal dengan tepat. Kereta kebal ini mendapat namanya iaitu Al-Khalid bersempena nama seorang lagenda jeneral Islam, Khalid bin al-Walid.
Kereta kebal ini mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Pakistan pada tahun 2001. Keseluruhannya, sejumlah kira-kira 600 buah kereta kebal dirancang akan diperoleh oleh Tentera Darat Pakistan.


Iran
Zulfiqar (atau Zolfaqar) adalah kereta kebal utama generasi kedua yang dikeluarkan oleh Iran. Ia telah dinamakan bersempena nama pedang lagenda imam syiah pertama iaituHazrat Ali.[2] Prototaip kereta kebal ini telah dinilai pada tahun 1993. Enam prototaip seterusnya dibina dan diuji pada tahun 1997.[3]
Zulfiqar Tank - Side View.JPG

Russia
T-90 adalah sebuah kereta kebal utama Rusia yang terbit daripada pembangunan ke atas kereta kebal T-72. Ia kini merupakan kereta kebal termoden yang berada di dalam perkhidmatan Tentera Darat RusiaInfantri Tentera dan Tentera Darat India. Penganti kepada T-72BM, T-90 menggunakan meriam dan pajera jurumeriam 1G46 dari T-80U, sebuah enjin baru dan pajera haba. Alat perlindungan termasuk ERA Kontakt-5penerima amaran laser, pencipta denyutan elektromagnetik (EMP) EMT-7 untuk memusnahkan periuk api magnet[3] dan sistem penyerak ATGM infra-merah Shtora. T-90 telah direka dan dikeluarkan oleh Uralvagonzavod, di Nizhny Tagil, Rusia.
Fail:T-90 Bhisma cropped.jpg

Italy
C1 Ariete merupakan kereta kebal utama milik Tentera Darat Itali. Ia telah dibangunkan oleh satu konsortium yang dibentuk oleh IvecoFiat dan Oto Melara. Kerangka dan enjin dikeluarkan oleh Iveco, manakala turet dan sistem kawalan tembakan dikeluarkan oleh Oto Melara. Kenderaaan ini menggunakan sistem kawalan tembakan dan sistem pengimejan digital serta optikal terkini, membolehkan ia bertempur pada waktu siang atau malam dan melepaskan menembak semasa bergerak. Penghantaran pertama telah dilakukan pada tahun 1995, dan terakhir pada 7 tahun kemudian iaitu pada Ogos 2002. Versi tingkat upaya dengan perisai modular, meriam berlaras licin berkaliber 55 mm d pengisi automatik telah icadangkan pada tahun 2005.
Fail:Ariete.jpg

India
Arjun (Bahasa Sanskritअर्जुन) adalah sebuah kereta kebal utama yang dibangunkan oleh firma India iaitu DRDO (Defence Research and Development) untuk kegunaan Tentera Darat India. Ia dinamakan Arjuna, sempena nama dewa India dalam cerita epik 'Mahabharata'.

Fail:Arjun MBT bump track test.JPG

United Kingdom
FV4034 Challenger 2 adalah kereta kebal utama (MBT) yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera darat British dan Oman. Ia telah dibina oleh firma British iaitu Vickers Defence Systems (sekarang sebahagian daripada BAE Systems Land and Armaments). Pengeluarnya telah mengwar-warkan Challenger 2 sebagai kereta kebal utama yang paling dipercayai di dunia[2] walaubagaimanapun operasi ketenteraan di padang pasir mendedahkan masalah-masalah ketara yang perlu diberi perhatian.[3] Sehingga bulan Januari 2008, 2 buah kereta kebal Challenger 2 telah mengalami kerosakan dan sebuah telah dimusnahkan (ditembak oleh kereta kebal Challenger II yang lain) semasa pertempuran.
Challenger 2 adalah hasil daripada reka bentuk semula secara ekstensif kereta kebal Challenger 1. Keseluruhan kereta kebal Challenger II adalah baru kecuali rekaan asas badan dan bahagian automotif yang diambil dari Challenger I. Kurang dari 5% komponennya boleh ditukar ganti dengan kerete kebal Challenger I.
Challenger 2 pada masa sekarang telah mengantikan Challenger 1 dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British dan juga telah digunakan oleh Tentera Darat Diraja Oman. British telah membuat pesanan sejumlah 127 buah kereta kebal Challenger 2 dalam tahun 1991 dan tambahan 259 buah pada tahun 1994. Oman pula memesan sebanyak 18 buah pada tahun 1993 dan tambahan 20 buah lagi pada bulan November 1997. Challenger 2 telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British Army pada tahun 1998, dengan unit terakhir telah dihantar pada tahun 2002. Ia dijangka akan berkhidmat sehingga tahun 2035. Penghantaran untuk negara Oman telah disempurnakan pada tahun 2001. Challenger 2 telah digunakan dalam perkhidmatan operasi di BosniaKosovo dan Iraq sejak tahun (2003–sekarang).
Fail:Challenger II.jpg

Perancis
AMX-56 Leclerc adalah kereta kebal utama (MBT) yang dibina oleh firma Nexter dari Perancis. Ia dinamakan sebagai memperingati Jeneral Philippe Leclerc de Hauteclocque yang telah mengetuai serangan ke atas Paris semasa memerintah Divisyen Armor Kedua Tentera Pembebasan Perancis (2ème DB) semasa Perang Dunia II.
Kereta kebal Leclerc masih berkhidmat dengan Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu. Dikeluarkan sejak tahun 1991,[1] Leclerc telah memasuki perkhidmatan dengan tentera Perancis pada tahun 1992,[1] dan telah mengantikan penggunaan kereta kebal AMX 30 sebagai platfom armor utama Perancis. Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu masing-masing memiliki 406 dan 388 buah kereta kebal Leclerc.
Fail:Leclerc-IMG 1744.jpg

Jerman
Leopard 2 merupakan kereta kebal utama Jerman yang dibina oleh syarikat Jerman Krauss-Maffei-Wegmann. Ia dibangunkan pada awal 1970-an dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1979, menggantikan Leopard 1 yang lebih awal sebagai MBT dalam Bundeswehr. Terdapat pelbagai versi yang berkhidmat dalam angkatan tentera Jerman dan sepuluh negara Eropah dan juga negara bukan Eropah.
Terdapat dua kelompok pembangunan utama kereta kebal, dari model asal sehingga Leopard 2A4 yang mempunyai perisai turet menegak, dan kelompok "dipertingkat", digelar Leopard 2A5 dan seterusnya, yang mempunyai turet berbentuk sudut mata panah bersama beberapa peningkatan. Kesemua model mempunyai ciri sistem kawalan tembakan digital dengan penjejak jarak laser, meriam utama distabilkan sepenuhnya dan mesingan coaxial dan peralatan pandang malam (kenderaan pertama menggunakan sistem TV Aras Cahaya Rendah (Low-Light Level TV - LLLTV, penimej haba diperkenalkan kemudian). Kereta kebal Leopard mempunyai keupayaan untuk menangani sasaran bergerak ketika bergerak dipermukaan kasar. Ia mampu mengharung air sehingga ketinggian 4 meter dengan menggunakan snorkel atau 1.2 meter tanpa sebarang persediaan dan memanjat halangan dengan ketinggian lebih 1 meter. Kereta kebal ini dikuasa oleh enjin disel pelbagai bahan api bercaj turbo yang menghasilkan 1,500 kuasa kuda.
Fail:Leo2A5.JPG

Amerika Syarikat
M1 Abrams adalah sebuah kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. M1 dinamakan sempena nama Jeneral Creighton Abrams, bekas Ketua Staf dan komander bagi Rejimen Armor ke-37. Kereta kebal ini lengkap bersenjata, berperisai kuat, dan kereta kebal yang mempunyai mobiliti tinggi yang direka untuk menghadapi peperangan armor daratyang moden.[perlu rujukan] Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa, penggunaan armor komposit yang canggih, dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew. Ia merupakan antara kereta kebal terberat yang berada dalam perkhidmatan, iaitu seberat hampir 70 tan.
M1 Abrams memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, untuk mengantikan kereta kebal M60 Patton dan M48A5. M1 Abrams bagaimanapun telah berkhidmat bersama-sama denganM60A3 yang dipertingkatkan selama sedekad, bermula pada tahun 1978. 3 versi utama M1 Abrams telah dihasilkan iaitu M1M1A1, and M1A2, yang menggabungkan persenjataan, perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan. Peningkatan ini termasuk juga tingkat upaya berkala yang dilakukan terhadap kereta kebal sedia ada telah memanjangkan jangka hayat perkhidmatan untuk membolehkannya diaturgerak ke barisan tempur hadapan. Secara prinsipnya, M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika SyarikatTentera Darat MesirTentera Darat KuwaitTentera Darat Arab Saudi, dan Tentera Darat Australia.
Fail:US Army M1A1 Abrams main battle tank.jpg

Jepun
Type 90 (Jepun: きゅうまるしき せんしゃ Kanji: 90式戦車) adalah kereta kebal utama terkini milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF). Ia telah dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dan direka bagi menggantikan kesemua kereta kebal Type 61 dan sebahagian kereta kebal Type 74. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.
Fail:Japanese Type 90 Tank - 2.jpg

China
Type 99, juga dikenali sebagai ZTZ-99 dan WZ-123, telah dibangunkan berdasarkan rekabentuk Type 98G. Ia merupakan sebuah kereta kebal generasi ke-3 yang digunakan olehTentera Pembebasan Rakyat. Ia dihasilkan bagi bersaing dengan kereta kebal moden yang lain. Walaupun ia dijangka tidak akan diperoleh dalam jumlah yang besar disebabkan mahal jika dibandingkan dengan kereta kebal Type 96 yang lebih ekonomikal. ZTZ99 dianggap sebagai salah satu dari 12 buah kereta kebal terbaik di dunia[4], dan merupakan penganti kepada kereta kebal Type 98G yang dikeluarkan untuk Tentera Pembebasan Rakyat.
Fail:Type 99 MBT front left.jpg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS